
Sulit
4 tahun
Tentang sakit kemaluan lelaki
Saya lelaki berusia 17 tahun ,saya ingin bertanya adakah jahitan sunat akan kekal sebab saya mengalami benjolan di bahagian jahitan .saya berasa pelik sebab ianya kekal dah tidak hilang sejak saya sudah bersunat.Apakah ini sejenis penyakit ? Bagaimanakah cara mengubatinya?.saya bersa pelik kerana ia tidak sakit apabila ditekan tapi saya takut ianya akan berbahaya.Tolong jawab soalan saya yah

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu benjolan di bahagian jahitan selepas sunat. Untuk makluman pihak anda, masalah ini berkemungkinan tidak memudaratkan terutama jika anda tidak mengalami gejala lain. Namun begitu, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jerawat
- Fordyce spots
- Papules pada zakar
- Penyakit kelamin- masalah ini memerlukan rawatan lanjut dan tidak boleh dibiarkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan penjagaan alat kelamin dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah