Sulit
3 tahun
Tepi lidah ada benjolan keras
Tepi lidah saya asal ye tergigit, benjolan putih keras, tidak sakit terhasil hampir lebih 2 bulan, menggangu percaakapan kadang kala, sy ada gambar ttp di cni tiada icon utk sy up gambar itu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berkemungkinan benjolan tersebut adalah disebabkan trauma dari gigitan. Akan tetapi, saya tidak menolak kemungkinan lain untuk masalah anda. Antara sebab lain adalah:
Herpes oral
Luka canker
Kanser
Jangkitan sperti sifilis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi medapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya masalah ini menganggu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.