
tanvincent99
4 tahun
Tepong muka semasa membeli
Saya nak tahu, semasa membeli tepong muka, apa yang Kita hendak ambil berat, seperti nama, BE/PFE Dan sebagainya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, penggunaan mask adalah sangat penting.
Topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang. Gunakkan topeng ini sepanjang anda berada di luar. Spesifikasi untuk topeng ini adalah
- ASTM F2100 Level 2/3 or EN14683 IIR
- Filter efficiency: BFE: 3 micron vs PFE: 0.1 micron
Selain itu, topeng N95 (atau FFP2) juga boleh digunakan terutamanya anda pergi ke kawasan yang berisiko seperti hospital dan ia boleh digunakan secara berulang.
Pastikan juga anda beli dari penjual yang boleh dipercayai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.