Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami

Terangkan tentang insomnia

Ardell Pesakit 12 bulan

Apakah itu insomnia Dr?

Dijawab oleh doktor
Dr Ramzdhan Doktor 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Diharap saya dapat menjawab soalan yang diajukan. Insomnia adalah suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai masalah tidur. Individu yang terjejas dengan penyakit ini akan mendapati diri mereka sama ada mempunyai kesukaran untuk tidur, kekal di dalam tidur ataupun rasa tidur yang tidak cukup dan puas. Tiada sebarang ukuran yang objektif bagi memastikan tempoh tidur yang cukup untuk manusia biasa walaupun secara umumnya kita dinasihtakan untuk mendapat tidur antara 6-8 jam sehari.

Penyakit insomnia ini berlaku apabila terdapat kekacauan di dalam tindakan mahupun penghasilan melatonin. Bahan kimia semulajadi ini bertanggungjawab bagi mengawal kitaran tidur normal untuk seseorang manusia. Sekiranya jumlah yang dihasilkan tidak cukup, atau pun terdapat masalah dalam fungsi melatonin itu, kitaran akan terganggu seterusnya membawa kepada masalah tidur.
Simptom-simptom yang biasa didapati dari individu yang terkesan dari insomnia ini adalah:

  • Kesukaran untuk tidur dan kekal di dalam tidur
  • Letih dan mengantuk pada siang hari
  • Menjadi pelupa dan tidak dapat berfikir dengan tepat
  • Menjadi murung, cepat marah dan resah
  • Mempunyai tenaga yang sedikit
  • Tidak mempunyai minat dalam melakukan sesuatu perkara
  • Sering menjadi cuai, mengakibatkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan mudah
  • Sentiasa risau akan jumlah tidur yang sedikit

Adakalanya, perkara yang dinyatakan ini boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan kualiti kerja dan hubungan dia antara penghidap insomnia dan orang di sekelilingnya.
Adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan untuk situasi ini.

Last Updated: Fri Jan 04 2019 13:21:00 GMT+0800 (+08)
4.88
Dr Sri Viknarajan Doktor 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Secara umumnya, insomnia merupakan ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya atau kesukaran untuk masuk tidur selepas berbaring di atas katil. Insomnia juga boleh merujuk kepada perasaan subjektif di mana seseorang itu berasa tidak puas walaupun telah diberi peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Antara tanda-tanda insomnia adalah pengambilan jangka masa yang panjang dari masa melelapkan mata sehingga tidur, tidur yang tidak nyenyak, sering bangun awal daripada masa yang biasa dan keletihan dan perasaan mengantuk pada waktu siang.

Seseorang yang mengalami insomnia digalakkan untuk mengamalkan tabiat tidur yang baik (sleep hygiene) seperti:
• Bangun dan tidur pada waktu yang tetap
• Kurangkan tidur pada waktu siang
• Tidak menggunakan telefon dan komputer serta menonton televisyen satu jam sebelum tidur
• Bersenam pada waktu siang dan bukan sebelum tidur
• Tidak mengambil makan malam yang berat
• Memakai pakaian serta menggunakan katil yang sesuai untuk tidur
• Gunakan bilik tidur untuk tidur dan hubungan kelamin sahaja dan bukan untuk aktiviti lain

Jika menukar tabiat tidur tidak berkesan, maka seseorang itu digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

Last Updated: Mon Jan 14 2019 14:48:49 GMT+0800 (+08)
4.88

Tanya Doktor Dalam Talian

Cari Soalan
atau
Tanya Soalan
Dalam mesyuarat sepanjang hari?
Hubungi seorang doktor dalam talian!
  Tanya Doktor dalam Talian
Cakap denhan doktor dalam talian di Malaysia
Ardell Pesakit 12 bulan
Dijawab oleh doktor
ahmadfaizipoh Pesakit 10 bulan
Salam, saya nak tanya, saya seorang gamers dan juga pekerja, pada hari sabtu yang lepas, saya berasa keletihan yang amat, terutama di otak, namun, oleh kerana faktor tertentu, saya bermain komputer se… Baca lagi...
Dijawab oleh doktor
Nazir Pesakit 12 bulan
Salam Dr, macam mana saya nak tahu saya dapat tidur yang cukup? Saya 29 thn lelaki yg bekerja di offshore. Baca lagi...
Dijawab oleh doktor
irwan750662 Pesakit 6 bulan
Isteri sy umur 41 tahun sudah lapan tahun x tidur siang dan malam.hospital besarpon tiada ubat Baca lagi...
Dijawab oleh doktor
Sulit Pesakit 4 bulan
Saya berumur 23 thn, saya mengalami kesukaran untuk tidur sejak 2 hari lepas. Masa saya nak tidur atau terlelap mata secara tiba2 badan saya rasa kebas terutamanya di kaki saya seperti ada sesua… Baca lagi...
Dijawab oleh doktor
Tanya Doktor Percuma Diskaun Hingga RM12 Ubat & Supplemen