
Sulit
4 tahun
Terasa denyutan di beberapa bahagian badan
Salam sejahtera doktor. Saya lelaki berusia 28 tahun dan mempunyai berat 120 kg. baru-baru ini saya sentiasa merasakan denyutan yang menusuk di beberapa bahagian badan saya seperti di jari kaki, jari tangan, badan dan kadang kadang di bahagian mata. Saya belum pernah melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan kesimpulan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- kecederaan kepada saraf
- penyakit saraf sistemik
- strok
- Guillain Barre syndrome (lazim selepas demam kerana jangkitan kuman)
- sakit otot kerana penggunaan anggota badan yang banyak
- tekanan terhadap saraf
Namun begitu, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih