
Anonymous
5 tahun
Terasa sesak nafas ketika tidur
Saya khairul dr cheras. Sy mengalami masalah pernafasan ketika hendak tidur di waktu malam. Apabila dalam keadaan diam… bdn seakan rasa mengah dan sukar bernafas…di waktu siang pula tidak ada sebarang masalah gangguN ketika tidur… minta doktr bantu sy dan apakah sebenarnya yang sy alami…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.