Sulit
2 tahun
Tercekik ketika minum air
wanita, berusia 34 tahun, mempunyai pelbagai history kesihatan, antaranya
RVOT (right ventricular outflow tract)
CCF (Congestive Cardiac Failure)
Dislypedemia
PID (Prolapsed Intervertebral Disc)
GERD
Bronchial Asthma
Hypersensitive (Saraf)
Darah Tinggi
soalan saya, saya sering mengalami masalah tercekik air yang diminum, sama ada air masak atau air manis. apabila berlakunya rasa tercekik tu, saya tak boleh bernafas selama beberapa minit. dan berlarutan lebih kurang 10 minit.
dan disusuli dengan rasa degupan jantung yang sangat kuat di bahagian belakang badan dan leher
apakah simptom masalah ni, adakah simptom ini berkaitan dengan penyakit yang sedia ada. dan adakah bahaya jika ia masih terjadi walau langkah² pengawalan telah dilakukan.
tiada pengambilan makanan ketika berlaku kejadian tercekik air itu.
nak jumpa doktor pun rasa segan sebab rasanya belum ada lagi orang tercekik air😅. terima kasih doktor
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sukar menelan air liur.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab perkara ini berlaku, antaranya:
- Penyakit Refluks (GERD)
- Masalah sistem saraf seperti trauma di bahagian kepala, strok, dan sebagainya
- Keradangan kerongkong
- Masalah otot, achalasia
- Jangkitan kuman Tibi
- Ketumbuhan di dalam mulut atau kerongkong
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.