
Sulit
4 tahun
Tercekik tulang ikan ketika makan bersama keluarga pada dia hari lepas ,apabila buang tulang itu tekak masih terasa sakit
Hanyalah masalah biasa, ini ialah kali pertama Saya tercekik tulang ikan, Saya tercekik tulang ikan 2 hari lepas ,tadi ketika mandi Saya telah membuang tulang ikan tersebut, tapi tekak Saya masih terasa sakit sekarang . adakah ia boleh menyebabkan apa 2 yg boleh mengancam nyawa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tercekik tulang ikan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan kepastian. Hal ini kerana beberapa perkara boleh berlaku:
- Masih ada sisa tulang di dalam kerongkong
- Luka dalam kerongkong
- Keradangan
Sekiranya ia dibiarkan tanpa pemeriksaan, dan anda masih berasa tidak selesa, kemungkinan kondisi akan menjadi lebih teruk. Oleh itu sekiranya anda ragu, sila ke klinik.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.