
Sulit
3 tahun
Terdapat benjolan belakang leher
Isteri saya berumur 25 tahun dan sedang hamil baby pertama 5 bulan. Terdapat satu benjolan di belakang leher sebesar duit syiling 10 sen.ianya tidak sakit dan hanya berasa sedikit sengal apabila ditekan. Adakah masalah ini serius dan perlukan rawatan ? Sekian, terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala yang dialami oleh isteri anda yang sedang hamil iaitu benjolan di belakang leher sebesar duit syiling 10 sen, kami memahami kebimbangan anda dimana anda tidak pasti bahawa ianya suatu hal yang serius dan sama ada memerlukan rawatan ataupun tidak. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bisul
- Pembengkakan kelenjar getah bening
Namun, ia boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan oleh doktor seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma
- Ketumbuhan
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang isteri anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih