
Sulit
5 tahun
Terdapat biji putih di bahagian kemaluan. Semakin jelas kelihatan daripada dulu. Saya ingatkan ianya akan hilang
Saya lelaki berumur 23. Masalah saya adalah terdapat biji putoh di bahagian kemaluan saya. Saya ada membuat google search mengenai masalah ini dang banyak mengatakan ianya adalah sakit kelamin. Tetapi saya belum berkahwin dan tidak pernah bersama wanita sebelum ini. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.