Sulit
4 tahun
Terdapat biji yg besar dan kecik di kemaluan dan berasa gatal
Saya lelaki umur 16 terdapat biji biji besar dan kecil dan juga berasa gatal pada waktu waktu tertentu adakah ubat yg boleh sya gunakan untuk menghilangkan biji itu dan gatal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biji atau benjolan di bahagian kemalun ini mungkin
- Benjolan yang tidak memudaratkan seperti: sista, Fordyce spots (kelenjar sebum), kulit berlebihan ( skin tag )
*Ketuat - Herpes
Sekiranya anda mengalami benjolan serta simptom berikut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.
- Terdapat discaj atau nanah dari benjolan tersebut
- Sakit, kemerahan serta benjolan pada bahagian alat sulit
- Gatal pada bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































