
Sulit
4 tahun
Terdapat bintik coklat di uvula
Assalamualaikum. Saya wanita 20 tahun. Saya memang ada allergic terhadap kucing dan habuk. Kemudian, saya terperasan yang uvula saya ada bintik coklat. Adakah itu sebab allergic

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk menjawab soalan anda, alahan tidak akan menyebabkan bintik coklat timbul di alat sulit anda. Bintik coklat adalah merupakan pengumpulan pigmen melanin dibawah kulit.
Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom alahan adalah seperti:
- Gatal pada mulut
- Gatal pada badan atau ekzema
- Bengkak pada bibir, muka, lidah atau tekak. Bahagian badan yang lain juga boleh bengkak.
- Hidung tersumbat, sukar bernafas dan nafas bunyi berdehit (wheezing)
- Sakit ari-ari, mual, muntah dan cirit-birit
- Pening atau pengsan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.