
Sulit
3 tahun
Terdapat lelehan darah selepas kencing
Saya berumur 38 tahun dan sudah beristeri. Masalah saya ialah, warna air kencing saya seperti biasa namun setelah selesai buang air kecil terdapat lelehan cecair seperti darah dan berwarna merah. Kes apabila bersetubuh akan terasa sakit bahagian saluran semasa sperma keluar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala keluar cecair berdarah selepas membuang air kecil yang dialami membuatkan anda risau dan ia mengganggu kehidupan seksual anda secara tidak langsung. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami.
Sakit atau mempunyai kencing berdarah adalah tidak normal dan ini menandakan anda mengalami masalah kesihatan dan perlu diperiksa oleh doktor dengan segera.
Antara punca-punca yang biasa dikaitkan dengan masalah kencing berdarah dan sakit ketika melakukan hubungan seksual adalah:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam saluran kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Loya dan muntah
- Pening atau/dan sakit kepala
- Air kencing bercampur nanah
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.