Sulit
2 tahun
Terjadi selepas mengurut badan.rasa lemah je badan
Sejak dua menjak ni rasa mcm lemah badan pastu rasa nak muntah.badan xsecergas dulu.pernafasan xselesa.kadang kepala mcm pening.hidung plak selalu tersumbat. Saya urut jelah badan dengan minyak angin.selera pun gitu2 je.terjadi selepas saya pergi mengurut badan.rasa dy mcm nak mati je.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala lemah badan, yang disertai gejala lain namun bertambah teruk setelah mengurut badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala lemah nadan yang disertai mual, sesak, pening dan saluran nafas tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- dehidrasi
- alahan
- hypoglycemia
Namun begitu ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya, seperti:
- jangkitan virus
- penyakit anemia
- cardiopulmonary disorder
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera atau menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas, demam tinggi, terasa ingin pitam, serta gejala lain yang membimbangkan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.