
Sulit
5 tahun
Terjaga tengah malam
Kebelakangan ini sy kerap terjaga tengah malam dlm pukul 12 hingga 1 pg. Kemudian saya tidak berasa ngantuk utk sambung tidur. Saya akan rasa ngantuk utk tidur selepas sarapan. Mohon nasihat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stress, anxiety, kemurungan
- Pengambilan kaffein sebelum tidur
- Terlalu banyak tidur di waktu pagi
Bagi mengatasi msalah ini, saya sarankan anda elakkan tidur di pagi hari. Jangan ambil kopi atau teh sebelum tidur. Elakkan juga melihat peralatan elektronik sebelum tidur.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika maslaah ini memberi impak yang besar kepada kualiti hidup anda disebabkan kekurangan tidur di malam hari.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.