
Sulit
3 tahun
Terkena renjatan semasa mengandung
Hi doktor, saya mengandung 4 bln. saya terkena renjatan elektrik semasa membuka peti ais,kerana kebetulan hari itu,hujan lebat,dan kilat guntur,
saya terkena renjatan d tangan kiri saya,dan saya rasakan seluruh badan nya terangkat. tapi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. saya bimbang,adakah ia memberi kesan terhadap kandungan saya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang keadaan anda saat ini. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Namun memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah insiden yang agak serius, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar kehamilan yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Dalam erti kata lain, penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.