
fasha.ishaaa
5 tahun
Terlambat makan morning after pill
Jika saya terlupa untuk makan pil perancang selama 7hari, apakah yg patut saya lakukan? Kerana saya hanya mengambil pil pertama sahaja selepas hubungan kelamin dan terlupa untuk 7 hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi menjawab soalan ini, kami perlu mengetahui apakah jenis pil yang anda ambil. Kebiasaannya, sekiranya anda terlupa makan pil perancang anda perlu mengambil pil kontraseptif kecemasan dan mengambil langkah perlindungan seperti menggunakan kondom ketika seks sebagai pencegah kehamilan tambahan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.