
Sulit
3 tahun
Terlebih makan antibiotik
salam doktor.
saya telah di berikan antibioik Ciproglen 500mg untuk jangkitan kulit.
tetapi saya terlebih dos dengan mengambil 2 kali sehari selama 2 hari berturut-turut kerana tersalah baca aturan pemakanan.
apakah kesan sampingan dari antiobik itu terhadap badan dan jangkitan saya. Buat masa ini saya masih tidak mengalami apa-apa kesan sampingan lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat antibiotik biasanya diambil 2 kali sehari untuk 5 hari. Oleh itu, anda digalakkan untuk memeriksa sekali lagi dos yang ditulis atas paket ubat anda.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.