
Sulit
4 tahun
Terlebih makan pil perancang oralcon
saya wanita berumur 34 tahun…saya ingin brtanya doktor…ape perlu saya lakukan kerana saya telah trmakan pil perancang oralcon yg sepatutnya hari saya rehat…ini pertama kali saya mengambil pil oralcon…sblum ini saya makn pil noriday…last ubt oralcon saya pda 15hb dan waktu rehat saya brmula pda 16hb hingge 22hb…tp saya trlupa…saya telah mneruskan mkn pil trsebut dgn pengambilan pil yg sepatutnya saya ambil pd 23hb…saya telah trmakan pil trsebut pda 16hb dan 17hb…bile saya trsedar barulh saya stop…masalh sekarang mcm mne utk saya teruskan pengmbilan ubt…adakah bhnti 7 ari jgk @ teruskan pengambilan pda 23hb…ttp pil utk yg baru hya tgg 19biji…ape perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda berkenaan hal yang dinyatakan di atas. Untuk maklumat anda, tiada masalah sekiranya anda terambil pil tambahan secara tidak sengaja. Anda boleh teruskan pengambilan seperti biasa keesokan harinya sekiranya anda dalam tempoh pengambilan pil. Sekiranya anda terambil pada waktu rehat, anda boleh teruskan rehat selama tujuh hari dan sambung semula pada hari kelapan. Anda juga boleh mulakan dengan pek pil yang baru untuk memudahkan kiraan hari pengambilan pil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau dengan pegawai farmasi sekiranya anda masih musykil dan mempunyai soalan lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.