
Sulit
3 tahun
Terlewat haid selama 4 hari
Saya berusia 26 tahun dan telah berkahwin…saya telah lewat haid selama 4 hari…pg hari ke 5 adanya kesan darah coklat pada pantiliner saya…apakah iyanya membahayakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid terlambat boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi
- Gangguan pemakanan
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.