
noorsalimahsalimah
5 tahun
Terlewat makan pil postinor
doktor ,saya terlewat 5 jam makan pil postinor yg kedua kerana terlupa.jadi adakah boleh dan berkesan pil itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 mempunyai 85% kadar efektif untuk mencegah kehamilan. 95% kadar efektif cegah kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan seksual.
Terdapat sejenis pil perancang yang baru di pasaran iaitu Ella, yang mengandungi bahan ulipristal acetate. Pil ini berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Oleh itu, anda digalakkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh nasihat tentang cara pencegah kehamilan yang paling sesuai untuk anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.