Sulit
3 tahun
Terlupa ambil ubat psikiatri, boleh ke beli di farmasi atau kurangkan dos
Saya wanita 28 tahun penghidap schizoaffective disorder… ubat saya patut saya ambil hari khamis lepas tp saya lupa… so Sertraline 200 mg tak cukup… ada 5 biji je semalam… so semalam saya terpaksa makan 2 biji… malam ni 2 biji dan besok 2 biji.
Boleh ke saya buat macam ni sebelum dapatkan ubat hari Isnin?
Kalau nak beli kat farmasi luar ada ke jual ubat ni?
Selain ubat ni saya juga makan artane 2 biji, Seroquel 600mg dan epilim 1 biji… yg lain semua ni cukup… Sertraline je takde…
Terima kasih doc…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sukar untuk memberikan kesimpulan kerana tidak mempunyai maklumat tentang kesihatan anda secara penuh. Secara amnya, jika anda mengambil ubat yang kekurangan dos, ubat itu akan kurang berkesan tetapi lebih baik teruskan mengambil daripada berhenti. Saya nasihatkan anda untuk hubungi doktor and ataupun ke klinik berdekatan dan tanyakan jika mempunyai ubat yang anda perlukan. Kemungkinan terdapat di farmasi tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.