Sulit
4 tahun
Terlupa cucuk perancang keluarga
saya mengambil perancang keluarga jenis cucuk… sptutnya sya cucuk pada 12/1 tetapi saya terlupa dan yerlepas pandang sehingga hri ini 23/1 … dlm waktu itu sya telah bersama dgn suami… adakah risiko mengandung. apa saya perlu lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda disuntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Ini bermaksud, walaupun anda terlambat 11 hari, ia tidak terlalu memberi efek terhadap kadar hormon dalam tubuh anda. Justeru, boleh dikatakan efek protektif Depo mencegah kehamilan masih ada dalam tubuh anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.