
Anonymous
5 tahun
Terlupa makan pil perancang pada pek yang seterusnya selepas datang period
saya mengambil pil perancang yasmin. Selepas habis satu papan,saya mengalami haid selama 7 hari. Selepas itu saya terlupa makan pada pek yang baru…Bagaimana saya ingin meneruskan pil ini…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil perancang kehamilan adalah bergantung kepada jenis pil perancang kehamilan yang anda ambil. Pengambilan pil perancang biasanya adalah perlu setiap hari.
Jika anda lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.
Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.