
tihaaothman
5 tahun
Terlupa makan Pil Perancang Yasmin
Saya wanita 20’ an, semalam hari pertama haid saya makan pil yasmin jam 12.06am dan adakah hari-hari seterusnya saya perlu ambil pada jam 12.06 am juga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, seandainya terlupa memakan pil perancang, anda boleh makan sebaik sahaja teringat. Untuk hari seterusnya, digalakkan anda menetapkan satu waktu yang sama agar regulasi dan keberadaan hormon dalam tubuh anda tetap.
Bagi mendapat penjelasan punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.