
Sulit
4 tahun
Terlupa mkn pil perancang nordette
Assalamualaikum doc,semalam hri selasa sya terlupa mkn pil nordette bru pagi tdi sya teringat yg smlm sya terlupa mkn pil perancang…mcm mna dngn pil perancang yg terlupa tue kena buang ke atau mcm mna??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, seandainya anda terlupa memakan pil perancang, anda boleh makan sebaik sahaja teringat dan pil seterusnya perlu diambil pada waktu yang biasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi mendapat penjelasan mengenai masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih