Sulit
6 tahun
Terlupa mngambil pil perancang noriday
sy mgambil pil perancang noriday…sy melakukan seks pagi khamis namun terlupa utk mngambil pil pd mlm khamis dan jumaat…sy mngambil pil pada sabtu mlm…adakah sy selamat utk mencegah dan teruskan mngambil sepeti biase
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jika anda melepasi 2 pil, anda sepatutnya mengambil 2 pil pada hari yang anda ingati dan meneruskan pek tersebut secara normal. Namun begitu, kesan pencegahan selepas melepasi 2 pil akan dijejaskan, risiko untuk menghamil akan meningkat.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































