
Sulit
3 tahun
Terlupa pil perancang
Sy telah bersama suami semalam & sy terlupa MKN pil perancang desolon sblum bersama,adakah sy berisiko akan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai kehamilan kerana terlepas pengambilannya. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Sekiranya anda terlepas pengambilan pil perancang untuk satu hari, anda boleh mengambilnya dengan segera apabila anda teringat dan teruskan pengambilannya seperti biasa dan habiskan satu papan pil perancang tersebut. Ia masih berkesan dalam mengurangkan risiko kehamilan sekiranya diambil secara berterusan.
Sekiranya anda menginginkan penjelasan yang lebih lanjut, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan pihak kami akan membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.