
Sulit
4 tahun
Terlupa untuk makan pil perancang
Hi doc. Sy telah mengamalkan pil perancang regulon selama hampir 1tahun 5bulan iaitu ketika anak sy berumur 100hari pada kali pertama sy mengambil pil tersebut. Walaubagaimanapun, pada bulan ini, sy terlupa utk mengambil pil yg ke18 pada waktu sepatutnya iaitu 10malam kerana tertidur awal dan sy terus mengambil pil tersebut pada jam 7 pagi apabila bangun pada waktu pagi keesokkan harinya (hari ke19) dan pada malam hari ke19 itu juga sy mengambil pil yang seterusnya seperti biasa (10 malam setiap hari) sehinggalah habis pil yang ke ke21.
Adakah sy berisiko tinggi untuk hamil dan adakah tempoh period sy akan menjadi normal seperti bulan2 sebelum ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, anda telah melakukan langkah yang betul. Sekiranya anda terlepas satu pil dan tidak membuat hubungan seksual, risiko anda untuk mendapat kehamilan adalah rendah. Anda perlu meneruskan pengambilan pil secara biasa pada hari-hari berikutnya sehingga pek tersebut habis dan kitaran haid anda adalah seperti biasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula di antara dua hingga tujuh hari.
Sekiranya anda mendapati haid anda tidak menentu walaupun menggunakan pil perancang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan pengambilan pil perancang, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami ataupun pergi ke farmasi berhampiran untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai farmasi. Terima kasih.