
Sulit
4 tahun
Termakan makanan terlalu manis
Hai, saya lelaki usia 27 tahun. Saya tidak biasa memakan/meminum manis,tadi saya mencuba makan makanan yang terlalu manis, saya paksa makan kerana saya suka makanan tu sedap. Tapi saya perasan selepas makan saya menjadi rasa tak selesa, menjadi loya dan rasa macam nak demam.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan berkumngkinan terkait dengan pemakanan, saya menyarankan anda untuk menjauhi atau tidak lagi mengulangi perkara yang dapat memicu keadaan yang serupa buat sementara waktu sehingga kita dpat memastikan punca sebenar keadaan anda.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- tabiat pemakanan atau aktiviti yang memberi kesan negatif pada tubuh
- gejala alahan terhadap makanan
- peningkatan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba
- gejala psikologi
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- banyakkan minum air
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- tinggi berkhasiat & kandungan zat yang optimum
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.