
Sulit
3 tahun
Terminum susu janda beranak kecil dan was-was jika saya terdedah HIV
Salam sejahtera Dr. , sya ingin bertanya…tdi sya ada melakukan hubungan seksual dgn seorang perempuan berstatus janda dn dia mempunyai anak kecil yg disusukan. Semasa melakukan hubungan, sya tertelan sedikit susunya. Lepas pda tu, sya mula was-was dn tkut andai sya terdedah dgn HIV walaupun sya tk tahu status kesihatan wanita tersebut. Pertanyaan sya, adakah dgn setitik susu itu mampu menjangkiti sya jika dia positif HIV? Apakah tanda2 seseorang wanita itu penghidap HIV dn bagaimana pula tindakan yg harus sya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba menolong anda.
Untuk makluman anda, HIV boleh disebarkan melalui cecair badan seperti darah, air mani (semen) dan susu ibu. Oleh itu, jangkitan HIV boleh berlaku sekiranya pasangan anda mempunyai jangkitan HIV yang tidak dirawat. Sekiranya jangkitan HIV dirawat, kadar virus dalam badan (viral load) akan menjadi rendah dan tidak akan merebak.
Tanda-tanda awal jangkitan HIV adalah seperti berikut :
- demam menggigil
- ruam
- sakit kepala
- sakit tekak
- batuk
- cirit-birit
Namun, gejala ini tidak specific untuk jangkitan HIV dan boleh berpunca daripada masalah kesihatan lain. Sekiranya anda risau anda terjangkit HIV, sila ke klinik kesihatan untuk menjalakan ujian HIV. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ?