
Sulit
5 tahun
Terpicit bisul di leher
2 hari yg lalu sy dapati ada jerawat yg besar di belakang leher saya. Mula-mula saya ingatkan jerawat lepastu hari ni saya rasa sakit gigi, pening kepala. Sebab rasa geram saya picit ketulan tu then lepas tu saya xpuas hati sebab nanah tak keluar banyak. Saya google dan baru tahu ianya adalah bisul. Saya akan ke klinik dalam masa 2 hari lagi Jadi apa yang patut sy buat sekarang di bisul tersebut sebab saya dah terpicit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bisul yang dihadapi. Antara rawatan bisul di rumah adalah:
- Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul
- Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
- Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut.
- Jangan memicit atau mencalar bisu
- Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari
- Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka
- Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
- Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
Memandangkan anda telah pun memicit bisul tersebut, anda disarankan untuk memastikan bisul tersebut bersih daripada kotoran. Jika terdapat gejala sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.