
Sulit
4 tahun
Tersalah makan pil perancang
Sya telah makan pil perancang 2biji pada 1malam…Apabila pil habis sya telah menambah 1lgi pil utk malam yg terakhir pada mgu tersebut…Selepas 3hari sya bersama dgn suami…Sepatutnya sya dh haid tapi sekarang sya masih belum haid adakah saya hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, pil perancang kehamilan perlu diambil setiap hari secara berterusan, termasuk semasa anda datangi haid. Manakala, bagi pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil.
Berkenaan dengan masalah belum datang haid, selain kehamilan, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan seorang wanita lewat haid. Antara faktornya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang isteri anda hadapi. Terima kasih.