
Sulit
4 tahun
Tersalah mengambil dose ubat Pantoprazole 40mg
Dr, ubat Pantoprazole 40mg sepatutnya diambil 1 kali sehari. Tetapi sy terambil 3kali sehari. Buat masa ini sy tidak mengalami apa-apa kelainan. Apa yg perlu saya lakukan? Apakah kesannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat ini biasanya dimakan sekali sehari ataupun dua kali sehari bergantung pada keadaan. Dalam situasi anda, jika berlaku sebarang kesan sampingan seperti:
- sakit kepala
- sakit perut
- cirit-birit
- loya dan muntah
- pening
- sakit sendi
Maka, segerlah berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan lanjut dapat dilakukan. Jika tiada sebarang gejala, anda tidak perlu risau dan jalani hidup seperti biasa serta amalkan pemakanan ubat dengan betul.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.