
Sulit
5 tahun
Tersedak air liur tanpa makan dan minum
Saya wanita 43thn. Saya ada beberapa kali terjaga tgh mlm dan terbatuk2. Baru2 ini saya tiba2 tersedak air liur dan mengalami kesukaran bernafas. Apakah penyakit saya dan bagaimana cara merawatnya. Semasa berlaku saya sedang menonton tv sambil ddk tidak mkn n minum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- obstructive sleep apnea (lebih-lebih lagi jika berat anda berlebihan)
- asma
- Masalah jantung gagal berfungsi
- GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.