lintiara1506
6 tahun
Tersilap makan obat perancang
hi doktor…
Sy nak tanya kalau saya makan ubat perancang tersilap hari apakah efek yg saya dapat…
Sy makan ubat hari kamis tapi ubat yang sy ambil untuk hari jumaat…
Dah makan ubat baru perasan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan.
Akan tetapi, seharusnya pil yang diambil berisi ubat hanyalah 21, sebaliknya 7 pil lagi tidak mempunyai isi hormon. Sekiranya anda terambil pil yang tidak berisi, ini adalah seolah-olah anda tertinggal satu hari. Justeru, sebaiknya menggunakan teknik pencegahan kehamilan tambahan seperti kondom sekiranya anda berhubungan dalam tempoh seminggu setelah itu.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































