Sulit
4 tahun
Tertekan dengan masalah hidup
Salam doc, sy wanita umur 32thn. Skrg ni sy tgh ada masalah dgn suami. Suami sy curang, berzina hingga Hamil dan menikah di thailand tanpa pengetahuan sy. Sy terlalu sedih, tertekan. Setiap hari sy akn menangis,meratap.sampaikn kadang sy boleh cool boleh terima takdir hidup sy, tp kadang sy rse teramat mrh, kadang mrh sy boleh buat mengamuk hingga hilang kawalan. Kadang2 tu plak lepas sy mengamuk marah2 sy jd rindu, dan tibe2 sy boleh cool, tibe2 sy jd baik lembut lyn suami. Perasaan yg bercampur Baur. Semua tu buat sy selalu rse sakit dada dan sakit kepala. Adakah ini tanda sy ada masalah mental? In
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. kondisi yang puan alami sememangnya sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan tekanan dan kemurungan
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



























