
Sulit
4 tahun
Tertinggal sebiji makan pil perancang
hello doktor…saya ingin bertanya…saya terlupa makan pil perancang hari ke7 kerana pil telah tertinggal di rumah…disebabkan hari sudah mlm saya tak dapat mencari farmasi…saya telah makan selama hari 1-6 tu tanpa gagal…sy telah mengadakan hubungan bersama suami pd spg hari ke7 tu mkn pil tu…kemuafian sy sambung semula makan pd hari ke8 dan seterusnya…adakah sy berpotensi utk hamil?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami
Berikut adalah tips menggunakan pil perancang:
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.
- Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
- Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.
Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami. Terima kasih