
Sulit
5 tahun
Tertularnya penyakit HIV
assalamualaikum dan selamat petang doktor… Sebelum ni saya pernah melanggan pelacur untuk isap kemaluan saya … Dan dia telah menghisap kemaluan saya tanpa saya memakai kondom sebanyak 2 kali… Jadi soalan saya, adakah saya berisiko untuk mendapat penyakit hiv? Harap doktor dapat menjelaskan dengan sebaik yang mungkin… terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, risiko berjangkitnya HIV dari hubungan oral seks adalah rendah. Namun risiko ini masih ada terutamanya jika terdapat luka pada zakar ketika hubungan seks oral tersebut. Untuk melihat status HIV anda, anda boleh pergi ke klinik untuk membuat ujian HIV dan melihat statusnya. Status HIV boleh dilihat dalam tempoh 6-12 bulan selepas hubungan berisiko. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.