
Sulit
4 tahun
Test hcg 20 hari bulan 2020
Doktor saya dah berumah tangga lebih 1 tahun ptg tadi sy ada buat test hcg dan muncul 1 Line ( xsampak 3 minit ) tgk results xpi selepas 1 jam sy nmpk muncul lagi 1 Line tetapi kabur adakah sy mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang perkara ini. Berdasarkan kenyataan puan saya tidak dapat memastikan dengan 100 % bahawa puan mengandung atau tidak. Namun demikian saya boleh menceritakan serba sedikit mengenai sebab pregnant test line kabur (Pregnancy Test Not Clear).
Terdapat beberapa penyebab pregnant test line kabur. Antaranya ialah:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- air kencing yang terlalu cair
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif
- tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Terima kasih.