
Sulit
3 tahun
Test HIV bagi ibu mengandung
saya nak tanya, kalau ibu yg sedang mengandung buat test HIV. adakah setelah mendapat keputusan HIV tersebut, keputusan itu akan mengetahui yg dia mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, biasanya ibu mengandung akan dicadang untuk buat ujian HIV untuk saringkan status mereka. Sebab sekiranya sesiapa ibu mengandung mengalami HIV positif, ia mempunyai risiko untuk menyebarkan jangkitan tersebut kepada anaknya, di mana risiko tersebut adalah sekurangnya 20 higga 45 peratus.
Selain itu, biasanya keputusan HIV test dapat diketahui secepat mungkin, mungkinnya pada hari yang sama ambil ujian tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (ONG).