
Sulit
3 tahun
Test kehamilan kabur
Saya dh test kehamilan lebih dari 3kali ,3,3 double line tetapi kabur ,bila pergi hosptl wsta dia scan dia cakap mcm ada ,then dia suruh ambk darah untukkn kepastian …selepas ambk darah ,ujian darah menyatakn tidak hamil …kemudian dokter bgi ubt turun period untuk sya …sya mkn dh semingu …tak juga turun darah …bila sya cuba lagi test tu …iyanya naik 2line lagi …sya musykil adakah sya mengadung

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda sudah menjalani 2 ujian UPT di rumah, imbasan ultrasound serta ujian darah kehamilan. Semua menunjukkan anda tidak mengandung. Namun, sudah seminggu anda mengambil ubat turun haid, haid anda masih tidak berlaku. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat turun haid yang sering diberikan doktor adalah Norethisterone. Ubat ini merupakan hormon progesterone sintetik yang menggalakkan haid. Sepatutnya ubat ini menurunkan haid dan berkesan dalam masa 3 hari.
Terdapat beberapa situasi yang menghalang keberkesanan ubat ini. Antaranya adalah:
- penggunaan ubat psikiatri
- ubat cair darah
- ubat darah tinggi
- kehamilan ektopik
- hormon yang amat tidak stabil seperti PCOS
Berikut merupakan situasi umum yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat turun haid. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar anda bercakap dengan doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan