
Sulit
3 tahun
Test pregnancy positif tiba2 negatif
hai doc, saya nak tanya. kenapa saya test upt cthnya, hari ini positif tapi test waktu petang,dan esoknya negatif test pada waktu pagi. sbb period saya belum delay lagi. boleh doc bagi penjelasan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Ujian UPT adalah sesuatu ujian yang digunakan untuk mengesan hormon kehamilan, hCG dalam air kencing. Ujian ini boleh digunakan selepas 10 hari atau 2 minggu daripada tarikh haid yang terlepas. Namun, ada kalanya ujian UPT boleh menunjukkan keputusan negatif palsu. Ini berlaku kerana :
- Terlalu awal dalam kehamilan (hormon hCG tidak mencukupi untuk dikesan)
- Menggunakan sampel air kencing yang dikumpul selepas air kencing pagi pertama anda
- Salah kiraan haid yang terlepas
Namun, ujian UPT boleh menunjukkan keputusan positif walaupun jika anda tidak hamil. Ini boleh berlaku disebabkan :
- Penggunaan ubat hormon
- Masalah tiroid
- Kehamilan ektopik
- Kerosakan alat ujian atau cara penggunaan yang salah
- Masalah kesihatan seperti sista ovari, masalah buah pinggang atau masalah pituitari
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya ujian tambahan dapat dijalankan untuk mengesahkan kehamilan anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.