Sulit
5 tahun
Test untuk mengetahui jenis penyakit kelamin
Apakah test yang dilakukan oleh klinik atau hopsital untuk mengetahu penyakit kelamin sesorang ? Dan apakah vaksin yang akan diberikan oleh penghidap penyakit kelamin .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ujian yang dilakukan untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai penyakit kelamin ialah ujian darah atau pengambilan sampel dari bahagian kelamin. Tiada vaksin untuk penyakit kelamin. Sekiranya anda menghidapi salah satu penyakit kelamin, rawatan bergantung kepada jenis penyakit tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































