
Sulit
3 tahun
Test upt adakah pregnant
Syaa berumur 31 thn nak tanya doktor saya last period 17 julai so sepatutnya saya period 7 ogos tpi saya tak period…and then saya pun buat test air kencing dan keputusan 2 line yg line 1 nya terang tidak samar…adakah saya pregnant klu betul saya pregnant brp ka usia kehamilan saya dan perlukah saya buat scan untuk menentukannya…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT mempunyai ketepatan yang tinggi. Walapun garisan kedua kurang jelas, kemungkinan tinggi anda sedang mengandung. Namun ini bergantung kepada jenis ujian UPT yang anda gunakan.
Kami menyarankan anda untuk mengesahkan kehamilan anda di klinik kesihatan berdekatan melalui ujian darah dan ultrasound. Kami tidak dapat memberitahu anda usia kandungan anda tanpa maklumat tambahan dan ultrasound.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor pakar ibu dan anak kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.