
farahjw93
6 tahun
Test UPT beberapa hari sebelum period
Saya wanita umur 26 thn , telah berkahwin 5 bulan yg lalu dan datang haid osecara regular . 2 hari sebelum period , saya cek upt dan dapat double line tapi line T sedikit kabur . Adakah saya pregnant ??? Kawan saya seoranh nurse kata mungkin itu false result sebb hormon bercampur bila menghampiri tarikh period . Bantu saya . Adakah saya pregnant ??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Puan diminta membuat ujian pregnancy test sekali lagi ataupun membuat scan di klinik terdekat untuk mengesahkan sama ada puan hamil .
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan result ujian pregnancy tidak tertentu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih