
Sulit
3 tahun
Testis bengkak sebelah kanan
Hai…saya lelaki umur dalam 38 tahun…masih bujang dan kerap melakukan onani…skrg testis saya bengkak sebelah kanan dan keras serta mempunyai ketulan tetapi tidak berasa sakit…setiap hari juga saya mengalami masalah sembelit…adakah saya menghidap kanser testis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda terhadap masalah anda. Sayaakan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah testis bengkak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor