
rusydiakmal
5 tahun
Testis berasa tidak selesa
Saya lelaki berusia 30an. Seminggu ni saya sering merasa kurang selesa dgn testis kiri saya… ada rasa senak sikit tapi very mild tapi still masih tidak selesa. Jika semasa melakukan hubungan seksual testis akan merasa nyilu jika disentuh… apakah punca leh jadi macam ni dan apakah yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.