Anonymous
6 tahun
Testis kelihatan bengkak
Saya seorang remaja lelaki berusia 19 tahun… Saya sekarang berasa risau dan selalu terfikir-fikir dengan masalah yang saya hadapi. Pada usia di awal akil baligh saya ada perasan yang testis kiri saya sedikit lebih besar berbanding testis kanan tapi saya tak ambik endah sebab saya fikir itu suatu yang normal. Tetapi lama kelamaan perbezaan saiz ini lebih jelas. Saya risau kalau ini berkaitan dengan kanser. Saya ada baca beberapa artikel mengenai kanser testis dan cara memeriksa testis selepas mandi. Saya cuba beberapa kali untuk mengesannya tapi saya tak tau samada ada benjolan atau tak dan perlu ke klinik atau tidak. Sudah pasti saya berasa sangat malu untuk ke klinik sedangkan saya tak pernah kongsikan kepada ahli keluarga, kawan dan sesiapa pun. Saya belum tahap sakit pinggang, sukar buang air kecil atau sebagainya. Cuma saya mahukan kalau ini kanser harus dikesan awal sebelum stage yang lebih parah. Apa yang saya pasti sekarang ini berdasarkan pemerhatian saya testis kiri saya lebih besar berbanding testis kanan yang boleh diperhatikan jelas perbezaan saiznya. Lagi satu skrotum belah kiri saya berbeza dengan kanan dimana ia lebih gelap dan berkedut.Saya tak berapa yakin untuk ke klinik buat masa ini sebab saya tak berapa pasti samada ada benjolan di testis kiri saya atau tak. Jadi saya minta sangat pandangan doctor, adakah saya perlu ke klinik atau ini hanyalah perasaan saya sahaja. Dan pada keadaan bila saya harus mendapatkan rawatan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah testis bengkak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Merujuk kepada keraguan anda, semua testikel berbeza antara lelaki, malah testikel di sebelah kiri juga boleh berbeza dari sebelah kanan dari segi saiznya. Anda harus kenal pasti kelainan pada testikel sendiri berbanding sebelumnya sama ada terdapat ketulan atau saiz semakin besar.
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Saya menyarankan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Hal ini kerana, sebarang penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































