Sulit
6 tahun
Testis kiri membengkak
Saya lelaki dalam 20an testis membengkak seperti ade benjolan di bahagian bawah testis & satu garis antara benjolan dengn kawasan atas testis. Now dah 3 hari 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada buah zakar anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) pada buah zakar seperti “sebaceous cyst”
- Hidrosele - cecair lebihan dalam buah zakar
- Varikosele - saluran darah dalam buah zakar membengkak
- Orkitis - keradangan dalam buah zakar akibat jangkitan kuman
- Alahan dermatitis - akibat alah kepada kain seluar dalam
- Buah zakar terbelit
Sekiranya anda mempunyai gejala seperti kesakitan, merah dan bengkak membesar pada buah zakar anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































